Induction Training for New Staff
18 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPada hari Jumaat 17 Julai 2020, telah diadakan Zoom Meeting bersama-sama staf Nera dan juga staf baru Pusat Internet. Zoom Meeting ini bertujuan untuk memberi penjelasan dan taklimat berkaitan dengan etika kerja, tatacara semasa bekerja, KPI 2020, Perancanagan Aktiviti Tahunan Pusat Internet , Laporan Penyelenggaraan, Peringatan berkaitan sanitasi dan kebersihan di Pusat Internet sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan selepas PKPP, talian kecemasan jika berlaku sesuatu di PI dan sebagainya.
Staf-staf baru juga diberi penerangan secara terperinci berkaitan dengan KPI Pusat Internet. Antara isi kandungan dalam KPI 2020 adalah berkaitan dengan Website Update @ Mycomm, akitiviti pemerkasaan masyarakat, perancangan latihan dan aktiviti, online entrepreneurship, digital literacy, open day dan banyak lagi. Justeru itu, pihak Nera berharap, staf-staf pusat internet yang baru memberi komitmen yang terbaik semasa bekerja.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: